Lelaki asing dakwa berada di Malaysia secara haram disiasat

Tangkap layar video tular memaparkan lelaki warga asing (kanan) yang mendakwa berada di Malaysia selama enam tahun tanpa dokumen dan permit sah. Gambar kecil: Zakaria
Tangkap layar video tular memaparkan lelaki warga asing (kanan) yang mendakwa berada di Malaysia selama enam tahun tanpa dokumen dan permit sah. Gambar kecil: Zakaria
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyiasat untuk kenal pasti identiti lelaki warga asing yang tular mendakwa pernah berada di Malaysia tanpa dokumen sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung video tular memaparkan seorang lelaki warga asing yang mendakwa dirinya berada di Malaysia selama enam tahun tanpa sebarang dokumen.

Menurutnya, JIM menggesa masyarakat untuk menyalurkan maklumat berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI) agar tindakan dapat diambil segera.

"JIM memandang serius sebarang isu melibatkan PATI. Kita akan siasat untuk kenal pasti identiti lelaki asing itu dan akan semak jika dia masih di Malaysia atau sudah keluar negara.

"Kita akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan ke atas mana-mana warga asing yang melakukan kesalahan imigresen seperti tiada dokumen yang sah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini, satu rakaman video tular di aplikasi TikTok memaparkan pertanyaan daripada kumpulan lelaki tempatan terhadap warga asing disyaki Bangladesh semasa dipercayai berada di Arab Saudi.

Berdasarkan rakaman video itu, lelaki asing itu mendakwa berada di Malaysia selama enam tahun tanpa permit dan dokumen sah.

Lelaki asing itu juga mendakwa bekerja di beberapa premis bangunan di sekitar ibu negara.

Artikel Berkaitan:

Di akhir perbualan itu, ia disambut dengan gelak tawa kumpulan terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!