Imigresen serbu Kampung Baru, tahan 38 warga asing

JIM Kuala Lumpur menahan 38 warga asing dalam operasi di sebuah penempatan di Kampung Baru awal pagi Jumaat.
JIM Kuala Lumpur menahan 38 warga asing dalam operasi di sebuah penempatan di Kampung Baru awal pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 38 warga asing dalam operasi di sebuah penempatan di Kampung Baru, di sini awal pagi Jumaat.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, mereka yang ditahan dalam operasi selama sejam yang bermula pada 2.30 pagi itu terdiri daripada 24 lelaki dan 14 wanita berumur antara 20 hingga 50-an.

Antara kawasan kediaman yang diubahsuai untuk didiami oleh warga asing. Foto Bernama
Antara kawasan kediaman yang diubahsuai untuk didiami oleh warga asing. Foto Bernama

Beliau berkata, Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 36 warga Indonesia dan dua warga Thailand," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi berkenaan di sini pada Jumaat.

Antara kawasan kediaman yang diubah suai untuk didiami oleh warga asing. Foto Bernama
Antara kawasan kediaman yang diubah suai untuk didiami oleh warga asing. Foto Bernama

Wan Mohammed Saupee berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut, serta kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tinggal lebih masa. - Bernama

Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing. - Foto Bernama
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!