Penstrukturan semula pegawai KKM atasi isu tekanan tempat kerja

Dzulkefly Foto Bernama
Dzulkefly Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil tindakan segera termasuk penstrukturan semula pegawai dan kakitangan dalam usaha mengurangkan tekanan di tempat kerja.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan pihaknya menyedari isu tersebut menonjol dalam siasatan yang dijalankan ke atas kematian Pakar Perubatan Patalogi di Hospital Lahad Datu, mendiang Dr Tay Tien Yaa.

"Sebagai menteri pastinya saya akan mengambil tindakan mengatur gerak sumber tenaga kerja yang terhad," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas laporan kematian Dr Tien Yaa didedahkan pasukan petugas khas yang dipengerusi oleh Tan Sri Borhan Dollah di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Dzulkefly mengesahkan laporan petugas khas itu telah dikemukakan kepada keluarga Dr Tien Yaa.

“Ya saya sangat memahami dan kita semua boleh memahami yang pastinya (menjadi) bebanan emosi (kepada keluarga).

“Saya memahami dan sedar sukarnya keluarga untuk menerima dapatan seperti mana yang disebutkan oleh jawatankuasa bebas ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!