Sultan Selangor abadikan gambar kenangan bersama arca seni Yusof Ghani

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan abadikan gambar kenangan bersama arca seni Yusof (kiri). Foto Facebook Selangor Royal Office
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan abadikan gambar kenangan bersama arca seni Yusof (kiri). Foto Facebook Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengabadikan gambar kenangan bersama pelukis dan pengkarya seni tersohor, Yusof Ghani di hadapan hasil arca seni beliau yang kini diletakkan di bangunan Pustaka Raja Tun Uda (PRTU) Seksyen 13 di sini.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, arca berkenaan adalah hak milik Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dipinjamkan kepada PRTU untuk tatapan pengunjung perpustakaan negeri tersebut.

"Arca yang menampilkan elemen reka bentuk keris ini adalah hak milik Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ia dipinjamkan untuk satu tempoh yang lama kepada PRTU buat tatapan para pengunjung perpustakaan negeri ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Arca seni Yusof di hadapan bangunan Pustaka Raja Tun Uda Seksyen 13, Shah Alam. Foto Facebook Selangor Royal Office
Arca seni Yusof di hadapan bangunan Pustaka Raja Tun Uda Seksyen 13, Shah Alam. Foto Facebook Selangor Royal Office

Untuk rekod, Yusof merupakan seorang pelukis tersohor negara yang memulakan karier pada awal 1980-an dan hasil lukisan beliau turut dipamerkan dalam pelbagai pameran seni antarabangsa.

Pameran itu termasuk di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Hong Kong, India, Jepun, United Kingdom (UK), Jerman, Sepanyol, Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Artikel Berkaitan:

Antara lukisan beliau yang popular seperti Tari, Protest, Topeng, Wayang, Hijau, Segerak, Biring, Wajah dan Ombak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!