Exco kena bekerja keras laksana tugas untuk rakyat, negeri - Sultan Pahang

Al-Sultan Abdullah ketika bertitah pada Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelanjutan Tempoh Pelantikan Exco Pahang di Istana Abdulaziz pada Selasa. Foto Kesultanan Pahang
Al-Sultan Abdullah ketika bertitah pada Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelanjutan Tempoh Pelantikan Exco Pahang di Istana Abdulaziz pada Selasa. Foto Kesultanan Pahang
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-SultanAbdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco) supaya terus bekerja keras dan melaksanakan tugas dengan penuh komitmen untuk rakyat dan kemajuan negeri.

Titah baginda, kepercayaan diberikan bukan sekadar amanah tetapi satu tanggungjawab besar untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri terus berkembang.

"Saya ingin mengingatkan, setiap dasar dan keputusan diambil perlulah berasaskan kepentingan rakyat.

"Dengar, peka kepada masalah dan keperluan mereka kerana rakyat adalah tunjang kekuatan negeri.

Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bergambar dengan barisan Exco sempena Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelanjutan Tempoh Pelantikan Exco Pahang di Istana Abdulaziz pada Selasa. Foto Kesultanan Pahang

"Sudah menjadi tanggungjawab kita memastikan rakyat hidup dalam suasana aman, makmur dan sejahtera," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelanjutan Tempoh Pelantikan Exco Pahang di Istana Abdulaziz di sini pada Selasa.

Dalam titah itu, baginda turut menekankan agar setiap ahli majlis sentiasa meletakkan kepentingan negeri Pahang di hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Kesetiaan kepada negeri harus mengatasi segala kepentingan lain.

"Pahang adalah tanah tumpah darah kita, justeru segala usaha dan pengorbanan haruslah ditumpukan untuk kemajuan negeri dan kerajaan Sultan Pahang ini," titah baginda.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah menyeru semua jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri mengambil langkah proaktif memudahkan urusan birokrasi rakyat.

"Proses yang cekap dan mesra rakyat akan membantu mengurangkan beban mereka.

"Tunjukkan komitmen kita dalam memberikan perkhidmatan terbaik," titah baginda lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!