Dua tentera direman, disyaki buat tuntutan palsu lebih RM25,000

Kedua-dua tentera memakai baju lokap jingga tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Melaka, di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.
Kedua-dua tentera memakai baju lokap jingga tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Melaka, di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Dua tentera berpangkat koperal dan sarjan di sebuah kem di Johor, direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan memalsukan elaun tuntutan pelatih berjumlah RM25,733.59, dua tahun lalu.

Perintah reman bermula Selasa sehingga Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Nabilah Nizam terhadap suspek lelaki masing-masing berusia 31 dan 42 tahun itu.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan selepas hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka untuk memberi keterangan, kira-kira jam 5.20 petang pada Isnin.

Katanya, individu merupakan jurulatih dipercayai mengemukakan butir matan palsu iaitu berkaitan tuntutan elaun latihan kem tahunan siri 3/2023 berjumlah RM25,733.59.

"Sedangkan terdapat anggota tidak menghadiri latihan itu diadakan di sebuah kem tentera di Muar, Johor kira-kira dua tahun lalu.

"Mereka kemudian meminta elaun kedatangan dibayarkan kepada pelatih yang tidak hadir," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!