Dua lelaki rentung dalam kebakaran rumah

ALOR STAR - Dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat berhampiran Jalan Kampung Tongkang Yard di sini pada awal pagi Selasa.
Pegawai operasi kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Kanan I Azhar Mohamad berkata, mangsa yang rentung berusia 23 dan 61 tahun.
Menurutnya, jentera bomba dihantar selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 6.51 pagi.
"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah.
"Dua mangsa lelaki ditemukan rentung dalam rumah terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, usaha memadamkan kebakaran masih berjalan di lokasi kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!