Beberapa individu disiasat bantu siasatan dua rentung dalam kebakaran

Laporan Sinar Harian mengenai dua lelaki rentung dalam kebakaran rumah pada Selasa.
Laporan Sinar Harian mengenai dua lelaki rentung dalam kebakaran rumah pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Beberapa individu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi membantu siasatan kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard, yang menyaksikan dua maut pada awal pagi Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, siasatan masih dijalankan termasuk menunggu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat yang rentung dalam kejadian tersebut.

Siti Nor Salawati
Siti Nor Salawati

"Pasukan Forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah turut dipanggil ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut bersama pasukan Forensik Bomba.

"Mayat dua individu yang belum dikenal pasti telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk tujuan bedah siasat dan proses perbandingan DNA bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa," katanya pada Selasa.

Jelasnya, buat masa ini, kes masih lagi diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, dua mangsa rentung di dalam kejadian kebakaran di Jalan Kampung Tongkang Yard di sini dipercayai seorang warga emas dan anak angkatnya.

Identiti mangsa sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Kanan I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, kedua-dua mangsa ditemukan di tingkat bawah rumah dan jarak antara mayat yang ditemui itu adalah 0.6 meter.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!