Shahrol Shiro lapor polis, dakwa Harith Iskander hina agama

Shahrol Shiro membuat laporan polis berhubung status di media sosial yang dimuat naik pelawak itu yang didakwa menghina agama.
Shahrol Shiro membuat laporan polis berhubung status di media sosial yang dimuat naik pelawak itu yang didakwa menghina agama.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas ahli kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro membuat laporan polis berhubung status di media sosial yang dimuat naik pelawak dan juga pelakon Harith Iskander.

Menerusi laporan polis yang dimuat naik di Facebooknya, Shahrol turut membuat laporan terhadap individu bernama Cecella Yap Song KL.

"Harith Iskander & Cecelia Yap, demi agamaku repot polis ON," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada Isnin, Shahrol menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana status Harith dan komen Cecella itu masing-masing didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Sebelum itu pada Ahad, Shahrol meluahkan rasa kesal dengan hantaran Harith yang didakwa membuka ruang kepada pelbagai pihak mempersenda kesucian Islam.

"Sebagai pelawak tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut lebih sensitif lebih lagi melibatkan agama kita.

"Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama kita. Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!