Perjalanan 25 tahun Shila Amzah

Shila lalui pelbagai pahit manis sepanjang 25 tahun dalam indutsri.
Shila lalui pelbagai pahit manis sepanjang 25 tahun dalam indutsri.
A
A
A

TAHUN 2025 menandakan 25 tahun penglibatan penyanyi popular, Shila Amzah dalam industri seni.

Anak sulung kepada penyanyi dan pelakon Datuk ND Lala itu mendapat pendedahan awal mengenai muzik seawal usia lima tahun lagi.

Mengimbau perjalanan awal karier seninya, pemilik nama penuh Nurshahila Amir Amzah itu mengakui segalanya bukan mudah.

Suami dan anak kini menjadi pendorong Shila untuk terus berkarya.
Suami dan anak kini menjadi pendorong Shila untuk terus berkarya.

Pernah dikenali sebagai 'muka pertandingan' kerana sering menyertai pertandingan nyanyian termasuk pertandingan terbuka di pusat membeli-belah.

"Zaman saya membesar banyak pertandingan di pusat membeli-belah, ketika itu baru bermula zaman cakera padat. Jadi banyaklah pertandigan yang pernah saya sertai.

"Kemudian saya sertai pertandingan yang lebih besar anjuran stesen televisyen seperti Bintang Kecil, One in a Million (OIAM) musim kedua dan Mania!.

"Boleh dikatakan, saya tidak pernah mencuba kerja lain selain menyanyi dan kerjaya ini membawa saya ke negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak," kongsinya ketika menjadi tetamu audio siar Ubai Sentral.

Artikel Berkaitan:

Tambah Shila, meskipun meledak menerusi lagu Memori Tercipta, dia merasa belum cukup dikenali dan memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk menaikkan nama dalam industri.

Justeru, tawaran daripada penganjur Shanghai Media Group dari China untuk menyertai Asian Wave pada tahun 2012 dilihat sebagai pembuka jalan buatnya.

"Ketika tampil dengan album sendiri, rakan seangkatan saya ketika itu seperti Elyana sudah mendapat tempat di hati peminat tetapi saya ketika itu masih berjuang.

"Jadi saya ambil keputusan untuk keluar dari syarikat rakaman, berjinak buat lagu cover di YouTube dan mula tulis lagu sendiri.

"Walaupun nama saya melonjak selepas tampil dengan lagu Beribu Sesalan bersama 3 Suara, saya masih fikir cara untuk naikkan nama.

"Lagi pula selepas itu, saya mula berhijab dan rasa kurang keyakinan diri. Atas sebab itu saya ke China kerana merasakan boleh jadi diri sendiri tanpa perlu ambil tahu tentang perspektif orang kerana di sana tiada siapa mengenali saya," jelasnya yang menimba pelbagai pengalaman berharga di China.

Tragedi MH370 beri kesan

Bukan itu sahaja, insiden yang berlaku kepada penerbangan MH370 pada 2014 juga turut meninggalkan kesan buatnya.

Kongsi Shila, dia sepatutnya menaiki penerbangan pulang dari Beijing ke Kuala Lumpur dengan MH370 tetapi membatalkan rancangan itu ekoran terlalu penat.

"Saya tidak mahu katakan ia memberi trauma kepada saya tetapi kerana insiden itu, saya tidak suka menonton cerita berkaitan penerbangan.

"Malah saya antara artis Malaysia yang teruk di kecam menerusi platform Weibo kerana kemalangan tersebut. Dalam masa sama, saya bersyukur kerana masih ada yang menyebelahi saya ketika insiden itu hangat diperkatakan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!