Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul

Suk Yeol dipindahkan ke sel berukuran 12 meter persegi di pusat tahanan di Uiwang, selatan Seoul pada Ahad. Foto Xinhua
Suk Yeol dipindahkan ke sel berukuran 12 meter persegi di pusat tahanan di Uiwang, selatan Seoul pada Ahad. Foto Xinhua
A
A
A

SEOUL - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Suk Yeol dipindahkan ke sel berukuran 12 meter persegi di pusat tahanan di Uiwang, selatan Seoul pada Ahad selepas Mahkamah Daerah Barat Seoul mengeluarkan waran terhadapnya, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Pesuruhjaya Jeneral Perkhidmatan Pemulihan Korea, Shin Yong-hae.

"(Suk Yeol) dipindahkan dari bilik tahanan sementara ke bahagian tahanan umum, dan (saya) menerima laporan bahawa beliau menghabiskan malamnya dengan baik,” kata Yong-hae kepada ahli Parlimen semasa sesi jawatankuasa perundangan dan kehakiman di Dewan Negara.

Pegawai itu turut memaklumkan bahawa Suk Yeol mematuhi semua prosedur rasmi tahanan termasuk mengambil foto dan menjalani pemeriksaan fizikal, selain seorang pegawai pemulihan ditugaskan bagi memastikan keselamatannya.

Yong-hae juga berkata bahawa pihaknya bekerjasama dengan polis dan Perkhidmatan Keselamatan Presiden untuk meningkatkan keselamatan, susulan kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan drastik daripada penyokong Suk Yeol, termasuk usaha membebaskan presiden yang ditahan. - Bernama-Yonhap

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!