MBKT tetap kadar bayaran permit pemuzik jalanan RM200 setahun

Rosli menunjukkan kertas cadangan diserahkan oleh Persatuan Buskers Terengganu ketika pertemuan di Menara MBKT di Kuala Terengganu pada petang Ahad.
Rosli menunjukkan kertas cadangan diserahkan oleh Persatuan Buskers Terengganu ketika pertemuan di Menara MBKT di Kuala Terengganu pada petang Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menetapkan kadar bayaran permit terhadap golongan pemuzik jalanan atau buskers sebanyak RM200 bagi tempoh setahun.

Datuk Bandar, Datuk Rosli Latif berkata, dakwaan bahawa pihaknya mengenakan bayaran permit hiburan antara RM150 dan RM200 sehari kepada golongan itu adalah tidak benar.

Menurutnya, setakat ini pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan saman kepada seniman jalanan, walaupun terdapat dalam kalangan kumpulan itu dikesan mengadakan persembahan tanpa permit.

"Golongan pemuzik jalanan atau buskers yang diberikan kelulusan akan menerima kad seniman bagi membolehkan mereka mengadakan persembahan secara sah di tempat awam.

Rosli (tengah) merakam gambar bersama Persatuan Buskers Terengganu dalam pertemuan di Menara MBKT dekat Kuala Terengganu pada petang Ahad.
Rosli (tengah) merakam gambar bersama Persatuan Buskers Terengganu dalam pertemuan di Menara MBKT dekat Kuala Terengganu pada petang Ahad.

"Mengadakan persembahan tanpa permit menjadi satu kesalahan yang berdepan tindakan denda dan penjara mengikut subseksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 iaitu mengadakan aktiviti tanpa permit atau lesen.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Rosli sebelum itu mengadakan majlis dialog bersama Persatuan Buskers Terengganu di Menara MBKT di sini, pada petang Ahad.

Artikel Berkaitan:

Katanya, MBKT akan mengeluarkan garis panduan kepada semua seniman jalanan membabitkan masa dan lokasi persembahan.

Dalam pada itu, katanya, pemilik premis yang mengadakan aktiviti hiburan (buskers) di premis tanpa permit atau lesen juga boleh dikenakan tindakan.

Katanya, pusat perniagaan yang bercadang menganjurkan hiburan menggunakan seniman jalanan perlu mengemukakan permohonan kepada MBKT.

"Mengadakan hiburan di premis tanpa permit atau lesen dan perbuatan itu merupakan suatu kesalahan di bawah Subseksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

"Jika disabitkan kesalahan berdepan didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," jelas beliau.

Sebelum ini tersebar khabar angin mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengenakan bayaran permit tinggi terhadap golongan pemuzik jalanan yang mengadakan persembahan pada setiap hari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!