Warga emas dikompaun RM1,000 buang sampah di luar tong sampah

MBPJ mengenakan kompaun RM1,000 terhadap seorang warga emas kerana membuang sampah di luar tong disediakan.
MBPJ mengenakan kompaun RM1,000 terhadap seorang warga emas kerana membuang sampah di luar tong disediakan.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita warga emas dikenakan kompaun RM1,000 oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana membuang sampah di luar tong disediakan.

Wanita itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berhampiran tong sampah.

MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa tempatan itu kekal komited dalam usaha membanteras isu pembuangan sampah haram di dalam kawasan pentadbirannya.

"Sebagai langkah tegas, pihak MBPJ telah mengeluarkan satu kompaun di bawah Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-sarap (UKPPS MBPJ) 2007 terhadap seorang warga emas di Jalan PJS 6/3 yang memperuntukkan denda sebanyak RM1,000," kata kenyataan itu pada Ahad.

Dalam pada itu, MBPJ juga akan menjalankan pemantauan secara berkala dari masa ke masa agar perbuatan sedemikian dapat dibanteras.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak atau individu yang didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!