Temerloh penentuan Pahang atau Sabah ke final Piala Malaysia

SABAH FC berdepan tugas getir menjelang perlawanan timbal balik separuh akhir kedua Piala Malaysia apabila sekadar meraih keputusan seri 1-1 menentang Sri Pahang di Stadium Likas pada Sabtu.
Tampil dengan sokongan lebih 10,000 penyokong skuad Badak kendalian Sabah FC, Marko Stano dikemudikan Dominic Tan bermula garang.
Gandingan trio bahagian pengempur Sabah dijanakan Saddil Ramdani, Darren Lok dan Joao Pedro ditampilkan bagi menguji ketangkasan penjaga gol Tok Gajah, Zarif Irfan Hishamuddin.
Sri Pahang bimbingan Fandi Ahmad pula mempertaruhkan penyerang Kpah Sherman mengetuai pasukan yang turut dibantu Manuel Hidalgo bagi menguji benteng terakhir Sabah, Damien Lim.
Sabah membuka jaringan menerusi sentuhan Stuart Wilkin pada minit kesembilan bagi membolehkan finalis edisi 2003 yang dikecewakan 0-3 kelab dari Selangor, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dalam perlawanan akhir.
Pahang yang kali terakhir menjulang kejuaraan berprestij bola sepak tanah air itu akhir selepas menjinakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti akhirnya menyamakan kedudukan hasil jaringan Sherman pada minit ke-66.
Keputusan itu menyaksikan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, akan menjadi penentuan sama ada Pahang atau Sabah akan ke pentas perlawanan akhir apabila kedua-dua pasukan akan berentap untuk timbal balik separuh akhir kedua pada 2 Februari.
PIALA MALAYSIA
Separuh Akhir Pertama
Sabah FC 1-1 Sri Pahang FC
(Stadium Likas, Kota Kinabalu)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!