X

Kindly register in order to view this article
!

Kaunselor Mais Negeri Sembilan maut nahas jalan raya

Pasukan bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa.
A
A

KUALA PILAH- Seorang Kaunselor Majlis Agama Islam (Mais) Negeri Sembilan, Khairulniza Mohd Salleh maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Simpang Dangi - Bahau dekat Kampung Tulang Rimau di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mangsa berusia 33 tahun memandu sendirian kereta jenis Perodua Aruz.

"Mangsa dari arah Dangi menuju ke Rembau lebih kurang jam 2 petang, bagaimana pun sebaik tiba di lokasi kejadian memasuki selekoh, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

"Kenderaan mangsa terbalik dan menyebabkannya mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala," katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.

Mangsa disahkan maut di lokasi.
Mangsa disahkan maut di lokasi.

Mengulas lanjut, Amran berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.

"Mayatnya dibawa ke bahagian forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk bedah siasat.

"Sebaik urusan bedah siasat selesai mayatnya akan diserahkan kepada waris dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengakuan Jalan ( APJ) 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus