Pakar bedah bunuh, kerat kekasih hamil elak hubungan sulit terbongkar

Danh Son (tengah) ditahan oleh Polis Wilayah Dong Nai pada April 2024. Sumber foto: Viet Nam News/ Asia News Network
Danh Son (tengah) ditahan oleh Polis Wilayah Dong Nai pada April 2024. Sumber foto: Viet Nam News/ Asia News Network
A
A
A

DONG NAI - Seorang pakar bedah berdepan tiga pertuduhan iaitu merompak, memiliki senjata tentera secara haram dan membunuh kekasihnya yang hamil bagi mengelakkan hubungan sulit mereka terbongkar.

Tertuduh iaitu Danh Son, 36, merupakan seorang pegawai di Hospital Besar Dong Nai, Vietnam turut didakwa mengerat badan kekasih gelapnya itu sebelum dibuang ke lokasi berlainan.

Pihak pendakwa raya mengeluarkan pendakwaan tersebut terhadap tertuduh pada 14 Januari lalu.

Mengikut dakwaan, pada penghujung 2022, seorang wanita berusia 35 tahun bernama TTBN dari Bien Hoa City membawa saudaranya ke Hospital Besar Dong Nai bagi mendapatkan rawatan, di mana dia buat pertama kali bertemu dengan tertuduh.

Meskipun kedua-duanya sudah berkahwin namun, mereka didakwa tetap menjalinkan hubungan sulit.

Bagaimanapun, pada Mac 2024, wanita berkenaan didakwa hamil dan menuntut tertuduh untuk bertanggungjawab selain mengugut mahu mendedahkan hubungan mereka kepada keluarga serta rakan sekerja.

Bimbang dengan ancaman wanita terbabit, tertuduh didakwa bertindak membunuh dan mengerat badan kekasihnya untuk menghapuskan bukti.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa percaya bahawa tertuduh turut mencuri barangan mangsa termasuk wang bernilai 2.8 juta dong Vietnam (RM497), cincin, gelang emas, rantai, sepasang anting-anting dan dua telefon bimbit.

Jabatan Polis Siasatan Jenayah Wilayah Dong Nai menahan tertuduh pada 26 April 2024 untuk siasatan.

Pemeriksaan di kediaman tertuduh di Bien Hoa mendapati sepucuk senjata api dan lima butir peluru.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!