PDRM tagih sentuhan penyudah Ifedayo

Ifedayo (kiri) kembali perkuatkan PDRM menjelang aksi menentang Kedah di Selayang pada Sabtu. Foto PDRM Football Club
Ifedayo (kiri) kembali perkuatkan PDRM menjelang aksi menentang Kedah di Selayang pada Sabtu. Foto PDRM Football Club
A
A
A

KEMBALINYA penggempur berbisa PDRM FC, Ifedayo Olusegun disifatkan motivasi terbaik buat The Cops apabila melayan kunjungan Kedah Darul Aman FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu.

Malah, pengendali PDRM, P Maniam tanpa berselindung mengharapkan kehadiran semula Ifedayo dapat menjadikan jentera penyudah lebih berkesan selepas tewas kepada Kuching City dalam perlawanan liga di Selayang pada 11 Januari lalu.

“Kita semasa berdepan Kuching City berjaya mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol di separuh masa pertama, tetapi sebaliknya separuh masa kedua kita langsung tidak berpeluang untuk mencipta peluang.

“Jadi apabila kembalinya Ifedayo diharapkan pemain dapat meningkatkan prestasi berpasukan dalam menterjemahkan setiap peluang bagi mendapatkan bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik kedua selepas ini,” katanya kepada Sukan Sinar.

Sebagai rekod, perlawanan timbal balik kedua dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Februari depan.

Mengenai prestasi semasa Kedah kendalian pengendali sementara Victor Andrag, Maniam mengingatkan pemain PDRM agar tidak memandang mudah keupayaan skuad Kenari yang masih segar dengan kemenangan 1-0 ke atas Kelantan Darul Naim di Alor Setar pada 10 Januari lalu.

“Kedah juga memiliki pemain berkualiti seperti Syafiq (Ahmad), Milos (Gordic), Amirul (Hisyam) selain Fayadh (Zulkifli) yang lebih baik daripada kita. Jadi pemain PDRM tidak boleh mengambil mudah cabaran Kedah,” katanya.


PIALA CABARAN

Separuh akhir pertama

Artikel Berkaitan:

Sabtu (18 Januari)

PDRM FC lwn Kedah Darul Aman

(Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 9 malam)

Ahad (19 Januari)

Penang FC lwn Selangor FC

(Stadium Bandaraya, 8.30 malam)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!