Wanita pandu berbahaya, cuba langgar anggota polis

Tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dilihat enggan mematuhi arahan diberikan anggota polis trafik di satu persimpangan di kawasan ibu kota.
Tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dilihat enggan mematuhi arahan diberikan anggota polis trafik di satu persimpangan di kawasan ibu kota.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita memandu secara berbahaya serta cuba melanggar anggota polis mengundang padah apabila diberkas di persimpangan Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, semakan lanjut pihaknya mendapati video berkaitan kejadian didapati tular di media sosial.

Beliau berkata, laporan berkaitan kejadian diterima kira-kira jam 7.56 petang.

"Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, suspek berumur 38 tahun terbabit bertindak memandu secara berbahaya dan memotong barisan laluan sehingga menyebabkan kemalangan.

"Anggota trafik bertugas kemudiannya mengarahkan mangsa berhenti namun suspek enggan sebelum cuba melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, tindakan suspek itu mengakibatkan kenderaan dipandunya hampir melanggar anggota trafik bertugas.

"Suspek kemudiannya ditangkap dan direman dua hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, suspek kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dilihat enggan mematuhi arahan diberikan anggota polis trafik di satu persimpangan di kawasan ibu kota.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!