Suspek utama tikam Saif Ali Khan ditahan, dipercayai 'orang dalam'

Suspek utama kes rompakan dan tikaman membabibtkan aktor Saif Ali Khan sudah ditahan.
Suspek utama kes rompakan dan tikaman membabibtkan aktor Saif Ali Khan sudah ditahan.
A
A
A

SUSPEK utama yang dipercayai merompak dan menikam aktor Saif Ali Khan di kediamannya di Bandra, Mumbai, India telah pun ditangkap oleh pihak polis.

Suspek telah ditahan selepas pemburuan besar-besaran dilancarkan dengan beberapa pasukan polis dikerahkan di seluruh Mumbai dan kawasan berdekatan.

Difahamkan tertuduh menggunakan tangga kecemasan untuk masuk ke kediaman Saif di tingkat 11 pada awal pagi Khamis lalu dan keluar menggunakan laluan sama sebelum menukar pakaian dan berada berhampiran stesen kereta api Bandra.

Bagaimanapun setakat ini, pihak polis belum memberi sebarang pengesahan atau maklumat lanjut mengenai suspek berkenaan.

Hanya wajah suspek itu kelihatan sama seperti rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial dan beg galas hitam yang juga dibawa suspek semasa melakukan rompakan.

Lelaki yang dipercayai suspek utama terlibat dalam kes rompakan di rumah Saif.
Lelaki yang dipercayai suspek utama terlibat dalam kes rompakan di rumah Saif.

Setakat ini, pihak polis belum menangkap suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut.

Namun pihak polis mengesyaki bahawa penceroboh itu dikenali oleh salah seorang pembantu rumah yang bekerja untuk keluarga Saif dan secara mudah mendapat akses ke rumah itu tanpa ditangkap kamera CCTV di lobi.

Artikel Berkaitan:

Polis percaya suspek biasa dengan susun atur bangunan dan telah menggunakan saluran mencegah kebakaran untuk memasuki kediaman Saif.

Terdahulu, Saif yang dikejarkan anak lelakinya, Ibrahim ke Hospital Lilavati, India pada jam 3.30 pagi, selamat menjalani pembedahan namun masih dalam pemantauan doktor.

Doktor yang merawatnya, Niraj Uttamani berkata, terdapat objek asing iaitu bahagian pisau yang patah sepanjang 2.5 inci ditemui berhampiran tulang belakang pelakon bintang Vikram Vedha itu.

Pembedahan itu juga membabitkan usaha mengeluarkan pisau dan memperbaiki cairan tulang belakang yang bocor.

Terdapat juga dua luka lagi di leher kiri dan kanan yang dijalankan pakar pembedahan plastik bahkan keadaan Saif stabil dan sudah ditempatkan di wad pemulihan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!