Suria KLCC janji pengalaman unik sempena Tahun Baharu Cina

DESTINASI membeli-belah ikonik Malaysia, Suria KLCC melancarkan kempen Tahun Baharu Cina 2025 yang menjanjikan pengalaman perayaan unik dan meriah bermula 3 Januari hingga 9 Februari.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Francis Tan berkata, dalam tempoh kempen tersebut, pembeli yang berbelanja RM2,500 atau lebih dalam dua resit layak menebus e-baucar beli-belah Suria KLCC bernilai RM100 dan sekotak angpau.
“Bagi pembelian RM10,000 ke atas, pelanggan berpeluang menerima ganjaran e-baucar RM300 bersama set angpau dan pelanggan.
“Mereka yang membeli e-baucar bernilai RM1,000 akan menerima e-baucar bonus RM100 dan ia terhad kepada 50 pelanggan pertama,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, menurut Francis, Suria KLCC juga turut menampilkan dekorasi yang menggabungkan tradisi dan inovasi sempena Tahun Baharu Cina.
Tambahnya, orang ramai boleh melihat dekorasi yang bertemakan Taman Oriental Kontemporari di Centre Court.
"Tema Taman Oriental Kontemporari kami tahun ini membawa sentuhan moden kepada nilai tradisi yang abadi.
"Pengunjung juga bakal disajikan dengan hiasan gerbang besar dan menara yang mengagumkan di Esplanade KLCC," ujarnya.
Dalam pada itu, Francis berkata, selaras dengan komitmen Suria KLCC terhadap kesejahteraan komuniti, kempen tahun ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental.
Ulas beliau, pengunjung boleh membeli ‘Suria Ribbon Pin’ pada harga RM10, yang membolehkan mereka memilih ucapan bermakna untuk dipamerkan di ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’.
“Kami juga berbesar hati menyokong kesedaran kesihatan mental melalui inisiatif ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’, membolehkan pembeli menyumbang dengan bermakna sambil menikmati suasana perayaan.
“Persembahan budaya turut disajikan dan pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung, di samping ganjaran beli-belah yang menarik,” katanya.
Sementara itu, Alamanda Putrajaya turut mengetengahkan tema Taman Oriental Kontemporari dari 17 Januari hingga 2 Februari dan program VIKids Alamanda menawarkan aktiviti budaya yang menyeronokkan kepada pengunjung cilik pada 25, 26, 29, dan 30 Januari ini.
Pengunjung juga berpeluang menikmati ganjaran melalui Program Ganjaran Pembeli di mana mereka yang berbelanja RM600 atau lebih dalam dua resit akan menerima e-Baucar Alamanda bernilai RM30 atau RM1,500 untuk e-Baucar RM80.
Di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu pula, kempen Tahun Baharu Cina akan berlangsung dari 17 Januari hingga 6 Februari dan pembeli yang berbelanja RM350 atau lebih di mana-mana kedai khas layak untuk menebus beg tangan sulaman eksklusif berbentuk simpul.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!