3 sekeluarga maut kebakaran: Nenek kerap bantu orang susah

Rumah yang terbakar mengorbankan tiga sekeluarga di Ulu Tiram.
Rumah yang terbakar mengorbankan tiga sekeluarga di Ulu Tiram.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Biarpun kehidupan agak susah, namun warga emas, Ng Geok Choo, 63 yang maut bersama anak dan cucunya dalam kebakaran di Kampung Dato Bentara, Ulu Tiram pada awal pagi Jumaat, merupakan seorang yang suka membantu.

Perkara itu dikongsikan sendiri Goh Leng Ber, 60, yang merupakan rakan kepada warga emas terbabit yang menyifatkan Geok Choo cukup peka menghulurkan bantuan kepada mereka yang susah.

"Biasanya mangsa akan mengambil makanan dari restoran berdekatan termasuk makanan sumbangan orang ramai untuk diberikan kepada orang tua dan keluarga miskin dengan menggunakan kereta.

"Dia juga akan meminjam kerusi roda untuk digunakan orang susah," katanya ditemui di tempat kejadian.

Mangsa, Ng Geok Choo
Mangsa, Ng Geok Choo

Dalam kejadian pada jam 2.46 pagi itu, mangsa, Ng Geok Choo, 63, dan anak lelakinya, Lee Chiw Yong, 30, dan cucu perempuannya, Chen Si Jing, 12, maut dalam kebakaran di rumahnya di kampung tersebut.

Sementara cucu lelakinya, Chen Yu Tong, 12, melecur dan mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Leng Ber berkata, mangsa merupakan seorang yang baik hati kerap membantu walaupun dirinya sendiri hidup susah dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Ulu Tiram, Goh Kim Soon, 56, mangsa yang mesra dipanggil Miss Wong yang mempunyai dua anak sepatutnya menerima bantuan bakul makanan esok sempena Tahun Baharu Cina.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga sepatutnya memberi sumbangan Tahun Baharu Cina kepadanya di rumahnya tetapi tidak kesampaian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!