Identiti tiga maut dalam kebakaran dikenal pasti

Keadaan rumah yang terbakar mengorbankan tiga sekeluarga di Jalan Limau Manis, Kampung Oren di sini, pada awal pagi Jumaat.
Keadaan rumah yang terbakar mengorbankan tiga sekeluarga di Jalan Limau Manis, Kampung Oren di sini, pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Identiti tiga mangsa maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Limau Manis, Kampung Oren di sini, awal pagi Jumaat sudah dikenal pasti.

Mangsa yang ditemui rentung ialah Ng Geok Choo, 63, anaknya, Lee Chiw Yong, 30, serta cucunya, Chen Si Jing, 11.

Sementara seorang lagi cucu mangsa yang terselamat ialah Chen Yu Rong, 12.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kesemua mangsa terdiri daripada seorang warga emas bersama anak serta cucunya.

Katanya, semua mangsa rentung dan cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat serta rawatan.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 2.46 pagi itu, kesemua mangsa sedang nyenyak tidur dalam sebuah rumah didiami mereka di Kampung Oren.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!