Tiga maut dalam kebakaran di Ulu Tiram

Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kediaman mereka di Kampung Oren, Ulu Tiram terbakar dalam kejadian awal pagi Jumaat. - Foto: JBPM
Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kediaman mereka di Kampung Oren, Ulu Tiram terbakar dalam kejadian awal pagi Jumaat. - Foto: JBPM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga termasuk seorang kanak-kanak, maut apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Oren, Ulu Tiram di sini awal pagi Jumaat.

Komander Operasi Kanan JBPM, Mohd Faiz Ramli berkata, seramai 24 anggota dan empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan orang awam pada jam 2.46 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian, terdapat sebuah rumah sedang marak terbakar yang memusnahkan 80 peratus daripada kediaman berkenaan.

"Terdapat empat mangsa di dalam rumah berkenaan dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dapat diselamatkan.

"Namun, tiga lagi mangsa membabitkan seorang lelaki dewasa, perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan meninggal dunia dengan kesan melecur di seluruh badan.

"Mangsa yang berjaya diselamatkan melecur di bahagian muka dan tangan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!