United pasukan terbaik di padang

Amad ledak hatrik di Old Trafford.
Amad ledak hatrik di Old Trafford.
A
A
A

TIGA gol penghujung separuh masa pertama daripada Amad Diallo memastikan Manchester United bangkit menewaskan kelab tercorot Southampton, 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium Old Trafford, pada Jumaat.

Anak buah Ruben Amorim yang tampil dengan status pasukan pilihan bagaimanapun mengambil langkah waspada untuk mengelak kekalahan keempat berturut-turut liga buat kali pertama sejak 1934.

Kebimbangan itu akhirnya hadir apabila tuan rumah terlebih dulu ketinggalan separuh masa pertama hasil jaringan sendiri pemain tengah Manuel Ugarte minit ke-42.

The Red Devils yang kemarau kemenangan dalam empat perlawanan terakhir kembali meningkatkan peluang selepas rehat menyamakan kedudukan melalui Amad lapan minit sebelum tamat.

Amad sekali lagi menjadi watak penting selepas itu apabila menambah dua lagi gol minit ke-90 dan m-94 untuk tiga mata ke atas The Saints.

Tiga mata membolehkan United naik ke tangga ke-12 liga dengan 26 mata daripada 21 perlawanan manakala Southampton pula dengan enam mata - 10 mata untuk keluar dari zon penyingkiran.

"Dalam bola sepak anda harus miliki kepercayaan. Saya sangat gembira untuk kemenangan ini.

"Kami tahu United mempunyai pemain yang berkualiti tetapi kami memerlukan sedikit masa untuk lebih garang di sepertiga akhir permainan.

"Hari ini kami menunjukkan pada akhirnya kami adalah pasukan terbaik di atas padang," kata Amad.

Artikel Berkaitan:

LIGA PERDANA INGGERIS

Keputusan

Manchester United 3-1 Southampton

Ipswich Town 0-2 Brighton

Arsenal 2-1 Tottenham Hotspur

Leicester City 0-2 Crystal Palace

Everton 0-1 Aston Villa

Newcastle United 3-0 Wolverhampton

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!