Kembar Trump jual puding di Pakistan

Bagga (kanan) saling tak tumpah seperti bakal Presiden ke-47 AS itu. Foto Agensi
Bagga (kanan) saling tak tumpah seperti bakal Presiden ke-47 AS itu. Foto Agensi
A
A
A

SAHIWAL - Siapa sangka bakal Presiden ke-47 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempunyai kembar di negara Asia Selatan.

Wajah Saleem Bagga, 53, yang saling tak tumpah kelihatan seperti Trump turut menarik minat pelanggan untuk membeli puding (kheer) yang dijual olehnya di sebuah pasar sibuk di wilayah Punjab, Pakistan.

"Dia turut menyanyi lagu Punjabi dengan gembira sambil menjual kheer. Ramai yang enggan melepaskan peluang untuk bergambar dengannya," menurut Mohammed Yaseen yang merupakan pelanggan tetap kembar Trump itu.

Bagga, 53, yang mengalami albinisme turut menolak kereta sorong berwarna-warni dan keunikannya membuatkan dia sering dikerumuni orang ramai.

"Kheer yang dijual olehnya sangat sedap. Dia juga amat peramah dan sudi mengambil swafoto dengan pelanggan.

"Kami kemudiannya beritahu rakan lain ia merupakan gambar bersama 'Trump'," kata seorang lagi pelanggan dikenali sebagai Imran Ashraf.

Menurut Bagga, perhatian yang diberikan orang ramai turut menjadikan dia antara yang popular di kawasan kejiranannya di daerah Sahiwal.

"Saya berasa seronok kerana menjadi tumpuan ramai. Donald Trump sahib, anda telah menang pilihan raya. "Jemputlah berkunjung ke sini dan merasa kheer yang dijual oleh saya. Anda pasti akan sukakannya," ujar Bagga dengan merendah diri. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!