Pengarah syarikat kecantikan rugi RM1.2 juta ditipu kenalan

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengarah urusan sebuah syarikat mengalami kerugian lebih RM1.2 juta setelah ditipu kenalan berkaitan urusan membekal produk kecantikan baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan dibuat mangsa yang merupakan wanita tempatan berumur 56 tahun.

"Siasatan awal mendapati suspek mengenali mangsa dan kedua-dua mereka berkenalan sejak 2010.

"Suspek telah membuat tempahan produk kecantikan daripada syarikat mangsa sejak 2020 yang berjumlah sekitar RM1.2 juta," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, setelah penghantaran dibuat suspek tidak membuat sebarang bayaran kepada mangsa.

"Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

"Kertas siasatan bagi kes ini dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Hussein turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan pelbagai trend penipuan masa kini.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai diingatkan agar membuat semakan terlebih dahulu dengan agensi berkaitan sebelum melakukan sebarang urusan jual beli," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!