'Saya harap Gaza kembali bangkit dan cantik' - Fazura

Paparan Instagram Fazura mendoakan agar bumi Palestin dapat dibangunkan semula seperti sebelumnya selepas perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel berjaya dilakukan.
Paparan Instagram Fazura mendoakan agar bumi Palestin dapat dibangunkan semula seperti sebelumnya selepas perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel berjaya dilakukan.
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Nur Fazura Sharifuddin mendoakan agar bumi Palestin dapat dibangunkan semula seperti sebelumnya selepas perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel berjaya dilakukan.

Nur Fazura berkata, ini kerana seluruh penduduk di wilayah negara itu sentiasa bersemangat mempertahankan tanah air mereka.

"Saya berharap Gaza akan membina semula dengan lebih kuat dan indah daripada sebelumnya kerana semangat mereka tidak pernah goyah.

"Kami terus berdoa untuk kebebasan anda, ketahuilah bahawa kami berdiri di sini di sisi anda sentiasa dan selama-lamanya," ujarnya menerusi Instagram pada Khamis.

Sebelum ini, perunding proses damai akhirnya mencapai kesepakatan pada Rabu untuk melaksanakan gencatan senjata di Genting Gaza selepas lebih 15 bulan wilayah tersebut dihujani bom dan meragut lebih 46,000 nyawa.

Kandungan perjanjian tersebut yang belum diumumkan secara rasmi menggariskan fasa gencatan senjata awal termasuk pengunduran secara berperingkat pasukan tentera Israel dari Gaza dan pertukaran tahanan.

Berdasarkan draf akhir dijangka diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat, Hamas bersetuju membebaskan 33 tawanan dengan pertukaran ratusan tahanan Palestin ditempatkan di penjara Israel.

Tambah bintang filem Gol & Gincu itu, genjatan senjata ini merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.

Artikel Berkaitan:

"Hari yang kita tunggu-tunggu.

"Selepas 467 hari pembunuhan beramai-ramai secara langsung, ratusan ribu orang terbunuh, separuh daripada mereka adalah kanak-kanak. Perjanjian gencatan senjata akhirnya telah dipenuhi oleh Hamas dan Israel," ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!