Lelaki diberkas, didakwa rogol remaja 15 tahun

SUBANG JAYA - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di Kulai, Johor pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan itu diberkas kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
"Siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek menerusi media sosial.
"Suspek kini direman tujuh hari dan hasil siasatan akan dimaklumkan setelah ia dilengkapkan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun hamil 10 minggu selepas disyaki menjadi mangsa rogol kenalan lelakinya.
Wan Azlan berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya jam 12.12 tengah malam pada Jumaat dan dibuat oleh doktor selepas merawat mangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

