Tular video pelanggan tampar staf Puspakom

JOHOR BAHRU - Tular satu video di media sosial memaparkan tindakan pelanggan menampar seorang kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Kejadian tular pada Rabu itu dipercayai berlaku di Puspakom cawangan Johor Bahru, Johor apabila pelanggan lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan pemeriksaan selepas didapati lorinya tidak memenuhi syarat kelulusan teknikal.
Berdasarkan video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan warga emas memakai baju berwarna kuning itu pada awalnya memanggil staf berkenaan sambil menunjukkan sekeping kertas.
Kemungkinan kertas terbabit merupakan keputusan pemeriksaan kenderaannya dan memperlihatkan lelaki terbabit secara tiba-tiba menampar kakitangan itu hingga menyebabkan situasi menjadi tegang.
Usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan pengesahan kejadian daripada pihak polis dan Puspakom.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!