Yes 5G jadi rakan telco rasmi Calpis Soda One In A Million

Yes 5G berasa teruja menjadi rakan telco rasmi Calpis Soda One In A Million.
Yes 5G berasa teruja menjadi rakan telco rasmi Calpis Soda One In A Million.
A
A
A

YES 5G menjalinkan kerjasama sebagai rakan telco rasmi Calpis Soda One In A Million dengan mengangkat tema ‘Uncap YourselfTM️’.

Kerjasama itu meraikan penemuan bakat baharu selain menyerlahkan potensi diri rakyat Malaysia.

Pelanggan Yes 5G akan menikmati akses eksklusif dan undian dibuat bermula dari episod dua pada 29 Disember 2024 sehingga final pada 9 Februari 2025
Pelanggan Yes 5G akan menikmati akses eksklusif dan undian dibuat bermula dari episod dua pada 29 Disember 2024 sehingga final pada 9 Februari 2025

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee berkata, penglibatan Yes 5G dalam pertandingan tersebut bukan sekadar penajaan, tetapi juga sebagai inisiatif menggerakkan rakyat Malaysia untuk menyerlahkan gaya hidup, bakat dan cita-cita mereka.

Menurutnya, dengan menyokong Calpis Soda One In A Million, Yes 5G membantu mencipta platform yang membolehkan bintang baharu meningkat untuk bersinar.

“Melalui pelan pascabayar dan prabayar Yes 5G memperkasakan semua orang untuk bermimpi lebih besar dan mencapai lebih jauh dengan data dan kelajuan 5G tanpa batasan.

“Pelanggan Yes 5G akan menikmati akses eksklusif untuk menyokong finalis kegemaran mereka. Proses pengundian bermula dari episod dua pada 29 Disember 2024 sehingga final pada 9 Februari 2025.

“Pelanggan Yes 5G secara automatik menerima 10x undian tambahan, sekali gus memastikan suara mereka didengari,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Penglibatan Yes 5G sebagai rakan telco rasmi Calpis Soda One In A Million menyerlahkan bakat baharu rakyat Malaysia.
Penglibatan Yes 5G sebagai rakan telco rasmi Calpis Soda One In A Million menyerlahkan bakat baharu rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, menurut K Lee, dengan misi untuk menurunkan kos dan menjadikan 5G boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia, syarikat itu turut membuka peluang kepada individu untuk meneroka potensi penuh mereka.

Tambah beliau, pertandingan tahun ini menjanjikan ganjaran yang luar biasa, termasuk tujuh kereta hasil kerjasama dengan Peugeot dan rakan kerjasama yang lain.

“Kerjasama kami dengan Calpis Soda One In A Million mencerminkan keyakinan Yes 5G terhadap bakat baharu.

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada gerakan yang meraikan kreativiti dan inovasi sambil menginspirasikan rakyat Malaysia untuk mencapai keunggulan.

“Hadiah-hadiah ini meningkatkan daya saing peserta sekali gus menambah keseronokan kepada pertandingan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!