Kebakaran hutan Los Angeles: Dijangka angin lebih kencang

Kebakaran melibatkan 40,000 ekar di kawasan Greater Los Angeles itu memusnahkan seluruh komuniti dan lebih daripada 12,300 struktur.. - Foto NBC News
Kebakaran melibatkan 40,000 ekar di kawasan Greater Los Angeles itu memusnahkan seluruh komuniti dan lebih daripada 12,300 struktur.. - Foto NBC News
A
A
A

LOS ANGELES - Pegawai memberi amaran angin lebih kencang akan berlaku di kawasan selatan California dijangka memburukkan lagi keadaan kebakaran.

Pihak berkuasa berkata, usaha memadamkan kebakaran itu sedang dipertingkatkan di kawasan Palisades dan Eaton, bagaimanapun Ketua Bomba Daerah Los Angeles, Anthony Marrone memberitahu penduduk perlu bersedia mematuhi sebarang kemungkinan perintah pemindahan.

Kebakaran tersebut telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa seperti dikatakan Gabenor California, Gavin Newsom yang boleh menjadi bencana alam paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Presiden AS terpilih, Donald Trump mengkritik pengendalian California terhadap kebakaran hutan ketika Newsom menggesa presiden yang dipilih negara tersebut untuk menyaksikan sendiri kerosakan itu.

Menurut NBC News, kebakaran melibatkan 16,187 hektar di kawasan Greater Los Angeles itu memusnahkan seluruh komuniti dan lebih daripada 12,300 struktur.

Kebakaran terbesar di Palisades lebih 9,307 hektar dan hanya 14 peratus dapat dikawal kerana merebak kawasan Brentwood, Encino dan Westwood.

Perintah pemindahan berkuat kuasa untuk 92,000 penduduk Los Angeles dan 89,000 berada dalam zon amaran pemindahan yang bermaksud mereka mungkin perlu keluar dengan segera.

Kebakaran berkenaan turut memusnahkan kediaman mewah selebriti terkenal Hollywood seperti Paris Hilton, pelakon legenda, Mel Gibson, Sir Anthony Hopkins, Jeff Bridges, pasangan Heidi Montag dan Spencer Pratt, pasangan Leighton Meester dan Adam Brody, Anna Faris, Miles Teller, James Woods, Adele dan Kim Kardashian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!