Agong berkenan lawat mangsa banjir

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengunjungi PPS yang menempatkan mangsa terjejas banjir.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengunjungi PPS yang menempatkan mangsa terjejas banjir.
A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar daerah Kota Tinggi pada Isnin.

Keberangkatan baginda diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mendengar apa yang diperkatakan salah seorang mangsa banjir di salah sebuah PPS yang dilawati baginda.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mendengar apa yang diperkatakan salah seorang mangsa banjir di salah sebuah PPS yang dilawati baginda.

Sempena keberangkatan tersebut, baginda turut berkenan melawat beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi menempatkan mangsa-mangsa banjir bagi daerah Kota Tinggi.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, tertawa mendengar kata-kata daripada dua kanak-kanak lelaki di salah sebuah PPS yang dilawati baginda.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, tertawa mendengar kata-kata daripada dua kanak-kanak lelaki di salah sebuah PPS yang dilawati baginda.

Antara PPS yang dilawati baginda melibatkan PPS di SJK (C) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan:

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim melihat telatah seorang kanak-kanak yang ditempatkan di PPS bersama keluarganya
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim melihat telatah seorang kanak-kanak yang ditempatkan di PPS bersama keluarganya

Difahamkan, PPS SJK (C) New Kota dan SRAB menempatkan kira-kira 390 mangsa banjir daripada 106 keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!