Khabib Nurmagomedov dihalau dari penerbangan

Khabib Nurmagomedov (gambar kecil), dihalau dari penerbangan Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Khabib Nurmagomedov (gambar kecil), dihalau dari penerbangan Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] BEKAS juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.

Laporan media antarabangsa menyebut insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, apabila pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.

Dalam rakaman video yang tular, pramugari berkata, beliau tidak boleh membenarkan Nurmagomedov duduk di situ dan memberi pilihan untuk menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.

Bagaimanapun Nurmagomedov menolak, menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana beliau telah mematuhi semua prosedur dan menjelaskan bahawa beliau fasih berbahasa Inggeris seperti diminta di kaunter daftar masuk.

Walaupun diberi pilihan tempat duduk lain atau menaiki penerbangan seterusnya, Nurmagomedov enggan berganjak.

Akibatnya, beliau dan rombongannya diiring keluar dari pesawat.

Difahamkan, Nurmagomedov sedang menuju ke Los Angeles untuk menyokong rakan sepasukan dalam acara UFC 311 pada 18 Januari.

Setakat ini, Frontier Airlines dan Nurmagomedov belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!