Sayyid Royals Agro Farm sasar luaskan perniagaan

Bermula dengan membela 30 ekor kambing daripada pelbagai baka, kini pemilik Sayyid Royals Agro Farm mempunyai lebih 300 ekor kambing.
Bermula dengan membela 30 ekor kambing daripada pelbagai baka, kini pemilik Sayyid Royals Agro Farm mempunyai lebih 300 ekor kambing.
A
A
A

MELIHAT potensi cerah dalam bidang penternakan yang mampu memberikan pulangan lumayan membuatkan usahawan muda, Sayyid Mohammed Mubarak Mohamed Abu Bakar tidak ragu-ragu memilih menjadi penggembala kambing sejak tiga tahun lalu.

Namun, menyedari cabaran dan risiko dalam bidang ternakan yang perlu diusahakan dengan sistematik serta bersungguh-sungguh, usahawan berusia 36 tahun itu mengakui perlu mempunyai ilmu dalam penjagaan haiwan ternakan terlebih dahulu.

Berkongsi pengalamannya memulakan perniagaan berkenaan, anak jati Penaga itu berkata, dia sanggup berkelana sehingga ke Thailand semata-mata mahu mempelajari kaedah penjagaan kambing daripada penternak berpengalaman di negara itu.

Menurutnya, setiap bulan dia akan ke Thailand bagi mendalami cara menjimatkan kos dalam mengusahakan perniagaan ternakan kambing termasuk penyediaan makanan dan kawalan penyakit.

Sayyid Mohammed Mubarak sanggup berkelana sehingga ke Thailand semata-mata mahu mendalami ilmu menternak kambing.
Sayyid Mohammed Mubarak sanggup berkelana sehingga ke Thailand semata-mata mahu mendalami ilmu menternak kambing.

“Semasa mula-mula mengusahakan ladang kambing ini, saya memang tidak mempunyai pengalaman dan ilmu mengenai penjagaan haiwan ternakan.

“Keadaan tersebut menyebabkan saya pernah ditipu oleh pihak tertentu, haiwan ternakan sakit dan mati, malah saya juga terpaksa menanggung kerugian lain.

“Jadi, saya ambil keputusan mendalami ilmu dengan penternak berpengalaman di Thailand. Saya belajar segala aspek termasuk penjagaan, pemakanan dan cara mengembangkan lagi perusahaan, bukan sahaja dengan menjual daging tetapi juga penyediaan makanan haiwan ternakan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini.

Kambing yang sudah sedia untuk dijual terutama bagi mereka yang ingin melakukan korban, akikah dan kenduri.
Kambing yang sudah sedia untuk dijual terutama bagi mereka yang ingin melakukan korban, akikah dan kenduri.

Artikel Berkaitan:

Permintaan tinggi

Bermula dengan membela 30 ekor kambing daripada pelbagai jenis baka, kini pemilik Sayyid Royals Agro Farm yang terletak di Penaga itu mempunyai lebih 300 ekor kambing, selain turut memasarkan rumput minyak yang sesuai dijadikan makanan haiwan ternakan berkenaan.

Tambah Sayyid Mohammed Mubarak, disebabkan mahu membesarkan lagi ladang ternakan kambing termasuk menanam rumput untuk dijadikan makanan ternakan, dia membeli sebidang tanah dengan menggunakan wang simpanan dan sanggup menjual kereta kesayangannya.

Rumput minyak yang ditanam berhampiran ladang kambing diproses untuk dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Rumput minyak yang ditanam berhampiran ladang kambing diproses untuk dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

“Dengan bantuan dua pekerja di ladang, kini kambing ternakan saya sudah bersedia dijual termasuk untuk mereka yang ingin melakukan korban, akikah dan kenduri bagi memenuhi permintaan penduduk setempat,” ujar beliau.

Menurutnya, daging kambing sentiasa mendapat permintaan tinggi terutama pada musim perayaan.

Justeru katanya, untuk perancangan masa depan, selain menjual daging dan makanan kambing, dia berhasrat mahu melebarkan lagi perniagaan tersebut dengan membuka pusat penyembelihan serba lengkap suatu hari nanti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!