Kemudi lahirkan karyawan muda berkualiti

Zainal (tiga dari kiri) mengiringi tetamu jemputan termasuk Muhammad (kanan) melancarkan
Antologi Menjunjung Budi memuatkan karya penulis muda hasil dari Bengkel Karyawan Muda Selangor.
Zainal (tiga dari kiri) mengiringi tetamu jemputan termasuk Muhammad (kanan) melancarkan Antologi Menjunjung Budi memuatkan karya penulis muda hasil dari Bengkel Karyawan Muda Selangor.
A
A
A

HULU SELANGOR - Bengkel Karyawan Muda Selangor diadakan sebagai salah satu usaha untuk melahirkan lebih ramai pengarang muda kreatif, berbakat dan berkualiti di masa depan.

Bengkel anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (Kemudi) dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) itu melibatkan 80 peserta diadakan di Asrama Kasih YBK Serendah di sini.

Yang Dipertua Kemudi, Zainal Mohd Jais berkata, sasaran persatuan bukan sahaja melahirkan peserta menjadi seorang karyawan berdaya kreatif dan berbakat tetapi mampu untuk menghasilkan karya-karya berkualiti pada masa akan datang.

Zainal sehubungan itu berkata, pelbagai slot dan pengisian bermanfaat dikongsi bersama peserta dengan melibatkan tokoh-tokoh seni yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

"Pengisian bengkel kali ini melibatkan tiga slot iaitu bertalaqi dengan sasterawan, mendalami ilmu deklamator dan peserta bersama tokoh teater kanak-kanak," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Hadir sama, Pengasas YBK, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom dan Presiden Gapena, Datuk Zainal Abidin Borhan.

Turut terlibat dalam menjayakan program ini selain YBK ialah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) Wilayah Tengah.

Zainal (duduk tiga dari kanan) bersama tetamu dan peserta terlibat.
Zainal (duduk tiga dari kanan) bersama tetamu dan peserta terlibat.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pelancaran Antologi Menjunjung Budi, sempena jubli emas Kemudi turut memuatkan karya penulis muda hasil dari Bengkel Karyawan Muda Selangor.

Beliau menambah, Bengkel Karyawan Muda Selangor juga bukan satu program jangka pendek sebaliknya satu program jangka panjang yang akan dianjurkan secara berterusan kepada generasi muda.

"Bengkel karyawan ini bukan hanya tamat di situ tetapi akan ada program susulan dengan mempunyai matlamat khusus dalam industri ini bermula dari peringkat sekolah rendah dan menengah," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!