Skuad 1/90 Pulapol KL, Air Hitam bantu rakyat Palestin

Sebahagian ahli Skuad 1/90 Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan Air Hitam bergambar kenangan pada Majlis Reunion Skuad Pulapah/Pulapol ke-35 Tahun di Dewan IPD Jasin, malam Sabtu.
Sebahagian ahli Skuad 1/90 Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan Air Hitam bergambar kenangan pada Majlis Reunion Skuad Pulapah/Pulapol ke-35 Tahun di Dewan IPD Jasin, malam Sabtu.
A
A
A

JASIN - Lebih 400 orang termasuk ahli keluarga Skuad 1/90 Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan Air Hitam, Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila berkumpul selepas kira-kira 20 tahun tidak berjumpa.

Presidennya yang juga Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan, Champin Piuh berkata, pertemuan ini bukan sahaja menghargai skuad yang berkhidmat dalam pasukan menjangkau 35 tahun malah melahirkan solidariti kepada rakyat Palestin menerusi pelancaran tabung Gaza.

Menurutnya, perjumpaan itu sekaligus menjadi medium memberi kesedaran mengenai kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Palestin dan Gaza yang masih bergelut dalam kancah peperangan akibat penaklukan oleh rejim Israel.

"Sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, kita lancarkan tabung kutipan bagi membantu rakyat negara itu yang dalam kesukaran.

"Dengan keprihatinan ahli skuad, kita berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM3,400 dan diserahkan kepada wakil badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Global Hayat," katanya selepas Majlis Reunion Skuad Pulapah/Pulapol ke 35 Tahun Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini, pada malam Sabtu.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Jasin, Superitenden, Mohamad Rusli Mat.

Tambah Champin Piuh, beliau terharu dengan kesungguhan dan semangat dalam kalangan skuad itu yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Kelantan, Terengganu Kedah, Sabah dan Sarawak semata-mata untuk merealisasikan pertemuan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kebetulan pada 7 Januari lalu adalah sambutan ke-35 skuad 1/90 dan ada yang telah berpuluh tahun tidak berjumpa.

"Walaupun ada dalam kalangan anggota yang telah menamatkan perkhidmatan atas pilihan sendiri atau wajib, namun reunion ini sebagai penghargaan dan begitu bermakna kepada mereka yang terlibat," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!