33 warga asing ditahan

Antara warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Warga Asing Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di sekitar Nilai kelmarin.
Antara warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Warga Asing Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di sekitar Nilai kelmarin.
A
A
A

NILAI - Seramai 33 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Warga Asing Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di sekitar daerah ini malam kelmarin.

Pengarah Undang-undang yang juga Penguat kuasa MBS, Hanizam Ahmad berkata, operasi bermula jam 6 petang itu melibatkan 30 anggota penguat kuasa MBS dan 16 penguat kuasa imigresen.

"Warga asing yang terdiri daripada warga Thailand dan Indonesia berusia 20 hingga 60 tahun itu ditahan di enam lokasi berasingan iaitu di sebuah pasar segar dan lima buah kedai makan.

"Tujuh daripada yang ditahan adalah wanita," katanya.

Seramai 33 warga asing ditahan dalam operasi di Nilai kelmarin.
Seramai 33 warga asing ditahan dalam operasi di Nilai kelmarin.

Hanizam berkata, ketika serbuan kesemua warga asing itu cuba meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa namun gagal kerana kawasan itu dikepung.

"Kami menggempur lokasi ini selepas menerima aduan awam berhubung kehadiran pendatang warga asing yang membuka kedai makan dan bekerja tanpa kebenaran sah.

"Hasil semakan juga mendapati mereka menjalankan perniagaan berkenaan selama lima tahun dan dalam tempoh itu MBS pernah menyita kedai makan terlibat namun masih lagi beroperasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Penguat kuasa turut menyita pelbagai barangan yang terdapat di dalam kedai terbabit kelmarin.
Penguat kuasa turut menyita pelbagai barangan yang terdapat di dalam kedai terbabit kelmarin.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Tiga kedai makan diambil tindakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) kawalan dan Penyediaan tempat-tempat makanan (beroperasi tanpa lesen) dan dua lagi dikenakan tindakan di bawah kesalahan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan1974," katanya.

Seorang wanita warga asing yang cuba meloloskan diri dalam serbuan itu.
Seorang wanita warga asing yang cuba meloloskan diri dalam serbuan itu.