Covid-19: Ribuan rumah dijual dalam talian

Evergrande mempunyai banyak hartanah untuk dijual secara dalam talian. - Foto Agensi
Evergrande mempunyai banyak hartanah untuk dijual secara dalam talian. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Wabak koronavirus (Covid-19) yang menyerang China telah memaksa jutaan penduduk tidak keluar rumah, sekali gus meningkatkan aktiviti perbelanjaan dalam talian termasuk membeli rumah.

Syarikat gergasi hartanah China, Evergrande berkata, sebanyak 47,500 buah rumah bernilai AS$8.3 bilion (RM34.40 bilion) telah dijual secara dalam talian dalam tempoh tiga hari.

Menurut laporan South China Morning Post, lebih 10 juta orang juga kini menggunakan aplikasi untuk pembelian hartanah dalam talian di mana ia membolehkan pembeli berhubung dengan perunding dan mengadakan lawatan rumah secara realiti maya (VR).

Soalan tentang kaedah promosi Evergrande turut trending di China dengan lebih tiga juta tontonan. - Agensi

Artikel Berkaitan: