Orang ramai boleh beri cadangan tambak baik sistem pendidikan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKN) akan mengkaji semula sistem pendidikan negara bermula peringkat pra sekolah sehingga universiti.

Sehubungan itu, orang ramai sama ada individu, kumpulan atau institusi dipelawa untuk mengemukakan cadangan bagi menambah baik kualiti pendidikan di negara ini.

"Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 6 Jun 2018 telah memutuskan supaya KPM menubuhkan JKD.

"Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut, JKD yang terdiri daripada 13 ahli, sedang mengendalikan satu tinjauan umum bagi mengumpul maklumat daripada rakyat Malaysia.

"Kajian semula dasar pendidikan negara itu termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat pra sekolahsehingga universiti yang turut meliputi aspek kesedaran sivik dan pembentukan nilai-nilai murni,"katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, JKD juga telah mengadakan siri pertemuan dengan pihak berkepentingan dan mengadakan perbincangan secara bersemuka, dialog awam, taklimat dan syarahan umum.

"Sehubunga itu, orang ramai dipelawa berkongsi dan mengemukakan cadangan dan idea masing-masing," katanya.

Cadangan itu boleh dibuat menerusi pautan https://goo.gl/forms/fq0dj2BFqQPoGEZx1.

Artikel Berkaitan:

Selain itu borang khas bagi tujuan tersebut boleh diperoleh dengan menulis kepada JKD di e-meljkkdpn@gmail.com.