Kemalangan maut: Reman pemandu lori dilanjut

Laporan Sinar Harian berhubung kemalangan maut sebelum ini. Gambar kanan: Mohd Khaizam
Laporan Sinar Harian berhubung kemalangan maut sebelum ini. Gambar kanan: Mohd Khaizam
A
A
A

SLIM RIVER - Tempoh reman pemandu lori yang disyaki terlibat dalam kes kemalangan maut membabitkan anggota polis dan keluarga di Sungai Siput disambung sehingga 20 Februari ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, siasatan awal mendapati pemandu tersebut negatif dadah dan kini sedang menunggu keputusan ujian darah bagi mengetahui sama ada pemandu tersebut di bawah pengaruh alkohol atau sebalik.

"Berdasarkan rekod, individu ini tiada sebarang rekod jenayah dan baru saja bertugas sebagai pemandu lori," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Muallim di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di sini.

Hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes kemalangan membabitkan empat sekeluarga termasuk bayi lelaki berusia 16 bulan yang maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 37, Jalan Ipoh - Kuala Kangsar berhampiran Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput pada 13 Februari lalu.

Sementara itu, Mohd Khaizam berkata, seorang mangsa yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh menunjukkan tanda positif.

Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, mangsa merupakan anggota polis bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput maut di tempat kejadian bersama isterinya, Nik Iedayu Nik Hassan, 27, anak bongsunya, Muhammad Faqih Irsyad, 16 bulan serta kakak iparnya, Nik Ifeka Nik Hassan, 28.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan: