Adam Lee masuk hospital, patah tulang leher

PELAKON Adam Lee, 30, atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee mengalami kecederaan pada bahagian leher dan terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital.
Adam berkata, susulan kejadian yang menimpa, beliau berharap tahun hadapan akan menjadi lebih baik buat dirinya.
“Tulang leher patah pula, aduh. Semoga cepat sembuh untuk diri sendiri.

“Ingat pesan ibu, kau kuat Dam dan kena kuat. Alhamdulillah untuk semua ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.
Perkongsian Adam mengenai perkara tersebut dengan memakai alat sokongan di leher itu dihujani pelbagai kata semangat daripada rakan selebriti serta pengikutnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
