H - Kanak-kanak 6 tahun ditemui di belakang pasar raya

Lelaki berkopiah berbaju kuning larikan kenderaan bernombor pendaftaran DCK 9460

A
A
A
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hilang bersama kereta jenis Proton Exora yang dilarikan dalam kejadian rompakan di cabang Kampung Kemubu ditemui selamat di belakang Pasar Raya Ekon Jaya Kok Lanas di sini tadi.

Kanak-kanak terbabit ditemui pada jam 10 pagi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, suspek meninggalkan kanak-kanak itu kepada seorang peniaga gerai yang kemudiannya menghubungi polis.

“Suspek memberitahu bahawa ibunya akan mengambil kanak-kanak itu sebelum melarikan diri bersama kereta Proton Exora yang dirompak itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, kanak-kanak berkenaan dilarikan bersama kereta yang dirompak ketika ibu kanak-kanak terbabit memberhentikan kereta itu di tepi jalan untuk membeli sarapan.

Anak lelakinya yang beruniform Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) berada di dalam kereta berkenaan.

Beliau berkata, wanita berusia 40-an terbabit ke warung berdekatan untuk membeli makanan itu secara tiba-tiba seorang lelaki berkupiah masuk ke tempat pemandu dan terus memecut kereta itu ke arah Tendong, Kota Bharu.

“Ketika itu, enjin kereta dalam keadaan hidup dan anak lelaki mangsa yang berada di berkenaan dilarikan bersama-sama kenderaan yang dicuri suspek.

“Suspek memakai kopiah dan berbaju kuning melarikan Proton Exora berwana keemasan bernombor pendaftaran DCK 9460,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, polis melancarkan gerakan mencari dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar segera menghubungi polis.