Tiga rumah kedai hangus

Kebakaran memusnahkan tiga rumah kedai kosong di Lorong Jawa di bandar Seremban malam tadi. - Foto ihsan bomba
Kebakaran memusnahkan tiga rumah kedai kosong di Lorong Jawa di bandar Seremban malam tadi. - Foto ihsan bomba
A
A
A

SEREMBAN - Tiga buah rumah kedai kosong di Lorong Jawa di bandar Seremban di sini musnah dalam kebakaran jam 9.59 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban serta Seremban 2 ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan dan sampai empat minit kemudian.

"Seramai 32 pegawai dan anggota ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran termasuk dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Sebaik sampai didapati api sedang marak membakar rumah kedai kayu berkenaan dan telah masuk ke bahagian siling," katanya kepada Sinar Harian.

Bomba memadamkan kebakaran melibatkan tiga rumah kedai kosong di
di Lorong Jawa di bandar Seremban malam tadi. - Foto sumber Facebook
Bomba memadamkan kebakaran melibatkan tiga rumah kedai kosong di di Lorong Jawa di bandar Seremban malam tadi. - Foto sumber Facebook

Menurutnya, api berjaya dikawal daripada merebak dalam tempoh 15 minit dan enam buah kedai berjaya diselamatkan yang mana empat daripadanya berpenghuni.

Beliau berkata, tahun lalu dua kebakaran berlaku melibatkan premis di kawasan itu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

"Kita sudah maklum kepada pihak berwajib supaya pastikan bangunan yang ditinggalkan kosong di sini dipalang supaya tiada orang awam masuk dan buat tidak sepatutnya seperti membuang sampah yang boleh cetus kebakaran.

"Bagaimanapun punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Tiada mangsa yang terlibat," katanya.