Tak sempat joli hasil ragut!

Gambar suspek tular di laman sosial sejak pagi tadi.
Gambar suspek tular di laman sosial sejak pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang peragut cedera parah apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan selepas meragut beg seorang wanita warga Indonesia di Taman Bukit Permata Selayang, di sini, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 pagi.

"Sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pergi ke lokasi dan menangkap suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya mendapati suspek berusia 29 tahun itu cedera parah pada kaki kiri dan kini sedang dirawat di Hospital Selayang.

"Wanita itu mendakwa, suspek melarikan diri selepas meragut beg silang miliknya.

"Bagaimana pun suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 kemudian telah melanggar sebuah kereta di jalan bertentangan," katanya.

Menurut Arifai, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua daripadanya berhubung kes jenayah dan satu kes dadah.

Katanya, polis telah merakam keterangan mangsa dan kes disiasat di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: