Le Bon juara sulung Klasik Langkawi

Le Bon (tengah) memenangi perlumbaan sulung Klasik Langkawi Malaysia MMC di Pekan Kuah Langkawi hari ini.
Le Bon (tengah) memenangi perlumbaan sulung Klasik Langkawi Malaysia MMC di Pekan Kuah Langkawi hari ini.
A
A
A

PELUMBA B&B Hotels-Vital Concept, Johan Le Bon memenangi perlumbaan sulung Klasik Langkawi Malaysia MMC (Malaysian Mining Corporation Berhad) selepas mengatasi asakan pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Jesse Ewart di Pekan Kuah Langkawi hari ini.

Perlumbaan sempena sambutan Jubli Perak Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 itu, Le Bon yang pernah menyarung jersi World Team, Francais des-Jeux sebelum menyertai B7B pada 2018 bertindak bijak untuk terlebih dulu memecut tanpa dapat diekori Ewart,

Le Bon, 29 yang dilahirkan di Linnion, Perancis menamatkan kayuhan sejauh 159km mengelilingi Langkawi dan enam loop di sekitar Pekan Kuah dengan masa 3 jam 37 minit 03 saat, selesa di depan Ewart.

Pelumba Nippo Delko One Provence, Lucas De Rossi mengetuai sekumpulan pelumba yang tiba lima saat kemudian termasuk pemenang gelaran Raja Bukit dari TSC, Muhammad Nur Aiman Zariff dan rakan sepasukan yang memenangi gelaran Raja Pecut, Cristian Raileanu.

Pelumba Vino Astana-Motors, Matvey Nikitin yang menduduki tempat keempat dalam perlumbaan itu dinobat sebagai Pelumba Terbaik Asia di depan Masakazu Ito (Aisan) dan Ryu Suzuki (Utsunomiya Blitzen).

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi pemenang perlumbaan Kriterium Antarabangsa Malaysia di Kota Kinabalu yang juga pemenang dua peringkat LTdL 2020 di Menara Berkembar Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi, Maximilian Richard Walscheid dari NTT Pro Cycling yang terjatuh pada baki dua kilometer dari garisan penamat.

Sementara itu, Le Bon berkata, dia amat berpuas hati dengan prestasinya sepanjang perlumbaan LTdL 2020 dan yakin menghadapi musim yang lebih mencabar di Eropah selepas ini.

Klasik Langkawi Malaysia MMC
Klasik Langkawi Malaysia MMC

Artikel Berkaitan:

“Saya gembira dapat memberikan kemenangan pertama buat pasukan B&B untuk tahun ini, dan kemenangan peribadi saya selepas hampir setahun setengah lalu. Rasanya saya semakin serasi berlumba di bawah cuaca panas di Malaysia dan berharap dapat kembali ke negara ini. Saya ada memori yang bagus di sini.

“Perlumbaan hari ini begitu sukar, lebih-lebih lagi selepas mengharungi sembilan hari perlumbaan sebelum ini. Pada kilometer terakhir, saya mengekori pelumba Sapura (TSC) dan memecut agak awal kerana peloton semakin menghampiri di belakang,” katanya yang berharap akan disenaraikan oleh pengurusan B&B dalam skuad ke Tour de France, Julai depan.

No Image Caption

Menurutnya, masih terlalu awal bagi pengurusan B&B menyenaraikan namanya tetapi dia berharap dengan kemenangan dalam perlumbaan sehari berstatus 1.1 UCI itu, akan membuka ruang buatnya berkayuh sekali lagi di Tour de France.

Sementara itu, pemenang jersi merah Raja Bukit LTdL 2020, Nur Aiman berkata, dia amat berpuas hati dengan percaturannya untuk mengekori kumpulan depan dan fokus pada pendakian.

“Memang saya bersemangat selepas menang Jersi Merah LTdL. Malah, hari ini (semalam) saya cuba untuk menang tetapi malangnya saya turut terbabit dalam kemalangan dengan Walscheid.

“Selepas memastikan mata di zon pendakian, saya lebih banyak bertenang dan cuba berada di dalam kumpulan depan. Tetapi tayar belakang mengalami masalah mekanikal akibat insiden Walscheid dan saya tidak dapat berkayuh laju selepas itu,” kata pelumba 22 tahun dari Setiu itu.

Seramai 116 pelumba daripada 21 pasukan menyertai perlumbaan julung kali itu tetapi sebahagian besar pelumba gagal menamatkan kayuhan.