Ahmad Zahid ingatkan elak 'curi' ahli parti komponen Kerajaan Perpaduan

Ahmad Zahid ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej KETENGAH kali ke-4 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu.
Ahmad Zahid ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej KETENGAH kali ke-4 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO tidak menerima sebarang permohonan daripada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak dapat mengesahkan desas-desus berhubung dakwaan itu.

"Setakat ini tidak ada sebarang permohonan daripada beliau dan beliau tidak bertemu dengan saya.

"Jadi kita tidak dapat mengesahkan berita tersebut, " katanya kepada pemberita berkenaan desas-desus tersebut.

Beliau ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej KETENGAH kali ke-4 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan dijangka Tengku Zafrul akan menyertai PKR dan pengumuman itu kemungkinan akan dibuat pada Ahad semasa Kongres PKR.

Memetik sumber UMNO memaklumkan, anggota dari kem Tengku Zafrul sedang memuktamadkan rundingan dengan rakan sejawat mereka dalam PKR mereka mengenai perkara itu.

Mengulas berkenaan perkara itu, Ahmad Zahid berpandangan, sebaiknya parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak mengambil ahli-ahli parti lain dalam komponen itu.

Artikel Berkaitan:

"Kalau berlaku sebaliknya tentu mereka juga terasa hati.

"Jadi dalam keadaan macam ini eloklah kita menjaga perpaduan dalam kalangan kita," katanya.

Pada masa sama katanya, ahli dan pemimpin parti diingatkan untuk mengutamakan kepentingan parti sendiri dan bukan untuk kepentingan peribadi.

"Apa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu partinya diberikan keutamaan.

" Kalau memberikan kepentingan peribadi sebagai keutamaan maka kita serahkan untuk ahli-ahli dan masyarakat menilai integriti seseorang itu, " katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!