AS, Jerman perlu hentikan sokongan terhadap Israel

Himpunan March Against Genocide anjuran aktivis GegarAmerika menghantar memorandum ke Kedutaan Jerman dan Amerika di Jalan Tun Razak pada Jumaat bagi mendesak menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Palestin termasuk menghentikan serangan di Lubnan,Yemen dan Syria. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) dan Jerman terus menerima kecaman berikutan peranan langsungnya dalam menyokong kempen penghapusan etnik yang dilancarkan rejim Zionis di Gaza termasuk serangan di Lubnan, Syria, Iran, dan Yemen.

Terbaharu dua memorandum telah diserahkan oleh aktivis GegarAmerika kepada wakil Kedutaan AS dan Jerman di Jalan Tun Razak di sini pada Jumaat.

Aktivis memegang sepanduk tanda protes terhadap kekejaman Zionis di hadapan Kedutaan Jerman di Jalan Tun Razak pada Jumaat. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Aktivis memegang sepanduk tanda protes terhadap kekejaman Zionis di hadapan Kedutaan Jerman di Jalan Tun Razak pada Jumaat. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ahli jawatankuasa kumpulan aktivis berkenaan, Kamal Aarif Kamarudin berkata, penyerahan memorandum merupakan usaha gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini mendesak dua kuasa besar dunia itu menghentikan sokongan terhadap Zionis.

Kamal Aarif
Kamal Aarif

Menurutnya, tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah mengakibatkan kematian dan kecederaan ribuan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Artikel Berkaitan:

“Infrastruktur penting seperti hospital, sekolah dan kawasan kediaman turut menjadi sasaran, menyebabkan penderitaan yang amat besar kepada rakyat di kawasan yang terjejas.

Bendera Palestin berkibar sepanjang demonstrasi aman yang diadakan. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Bendera Palestin berkibar sepanjang demonstrasi aman yang diadakan. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Kami menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan kuasa besar dunia yang lain untuk segera bertindak menghentikan kekejaman ini serta memberikan tekanan kepada rejim Zionis agar mematuhi undang-undang antarabangsa,” katanya pada Himpunan March Against Genocide anjuran aktivis GegarAmerika di Jalan Tun Razak pada Jumaat.

Peserta demonstrasi berkumpul secara aman berhampiran Kedutaan AS di Jalan Tun Razak pada Jumaat. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Peserta demonstrasi berkumpul secara aman berhampiran Kedutaan AS di Jalan Tun Razak pada Jumaat. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Jelasnya, solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin, Lubnan, Syria, dan Yemen mesti diperkukuh demi memastikan keadilan dan keamanan dapat ditegakkan.

“Dalam masa yang sama, kami mendoakan agar ALLAH SWT memberikan kekuatan kepada mereka yang tertindas, memelihara mereka dari kezaliman, dan memberikan petunjuk kepada mereka yang melakukan kerosakan di muka bumi ini,” katanya.

Gabungan NGO berarak dari Kedutaan Jerman menuju ke Kedutaan AS di Jalan Tun Razak. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Gabungan NGO berarak dari Kedutaan Jerman menuju ke Kedutaan AS di Jalan Tun Razak. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Difahamkan empat perkara utama yang terkandung dalam memorandum yang dihantar termasuklah gencatan senjata segera perlu dilaksanakan bagi menghentikan serangan AS dan Israel di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Syria dan Yemen.

“Kedua pastikan pelarian Palestin dan Lubnan dapat kembali dengan selamat ke rumah mereka dan benarkan bantuan kemanusiaan mengalir ke Gaza tanpa halangan.

Pelbagai sepanduk dibawa bagi menyatakan solidariti terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, Lubnan, Syria dan Yemen. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pelbagai sepanduk dibawa bagi menyatakan solidariti terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, Lubnan, Syria dan Yemen. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Tarik balik semua tentera AS yang tidak diberi kuasa, termasuk anggota yang mengendalikan sistem pertahanan Iron Dome di Gaza,” ujarnya,

Tegasnya, Akta Pencerobohan Hague yang melindungi pemimpin NATO daripada tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) juga perlu dimansuhkan dan hentikan penindasan terhadap aktivis.

Salah seorang aktivis bersama sepanduk mengecam tindakan ganas Zionis. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Salah seorang aktivis bersama sepanduk mengecam tindakan ganas Zionis. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!