Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana

Wan Muhammad Azri (kiri), Razarudin
Wan Muhammad Azri (kiri), Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan di kediamannya di Putrajaya pada Jumaat bagi membantu siasatan kes penipuan kutipan dana menggunakan nama sebuah syarikat.

Difahamkan, penahanan itu dilakukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman pada awal pagi.

Papagomo kemudian dikatakan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Penahanan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat pada Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.

Dalam pada itu, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam kenyataan berkata, Wan Muhammad Azri ditahan kira-kira jam 1.30 pagi dan laporan ini terkait satu isu berkenaan sebuah syarikat.

"Setelah mendengar hujahan, mahkamah telah memerintahkan reman sehari dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!