Objek misteri di langit JB

Objek bercahaya dilihat di langit negeri Johor mencuri perhatian netizen.
Objek bercahaya dilihat di langit negeri Johor mencuri perhatian netizen.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Video rakaman objek tidak dikenal pasti seakan bebola api muncul dipercayai di langit Johor Bahru menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Dalam video yang berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan dilihat melintasi langit negeri itu.

Objek berbentuk seakan bebola api tersebut dilihat bergerak laju sebelum ia seakan-akan meletup dan hilang.

Video berdurasi selama 12 saat dirakam pada jam 5 pagi pada Rabu lalu kemudian dimuat naik di Facebook All Singapura Stuff sebelum tular di laman sosial.

Ada netizen yang mendakwa mereka juga melihat objek misteri yang mengeluarkan cahaya itu kira-kira jam 5 pagi.

Setakat jam 11 pagi ini, video tersebut mendapat tontonan sebanyak lebih 117,000 pengguna Facebook sekali gus mencetuskan persoalan pengguna Facebook.

Bagaimanapun, tidak dapat disahihkan dakwaan dalam video berkenaan.

Kata Izzat Asyraff Nahrawi, dia melihat objek bercahaya itu pada masa yang sama iaitu jam 5 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Saya fikir Singapura sedang diserang. Saya ingatkan itu halusinasi saya, mujur ia memang benar berlaku," katanya.

Richard pula berkata, "Ia muncul tiba-tiba kemudian meletup dan hilang sekelip mata. Menakjubkan!"

Bright falling light JB

Wah what fell from the sky this morning in JB?

Posted by All Singapore Stuff on Wednesday, February 12, 2020