PPSMI: Tun M kesal penerangan kepada pegawai bocor

Tun Mahathir meninjau pameran kesihatan pada program Khidmat Masyarakat Institut Jantung Negara dan Media Prima di Masjid Sungai Itau, Mukim Air Hangat hari ini.
Tun Mahathir meninjau pameran kesihatan pada program Khidmat Masyarakat Institut Jantung Negara dan Media Prima di Masjid Sungai Itau, Mukim Air Hangat hari ini.
A
A
A

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kesal apabila penerangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dikemukakan kepada pegawai Kementerian Pendidikan bocor.

Beliau berkata, kerajaan juga dilaporkan seolah-olah sudah membuat keputusan pelaksanaan PPSMI.

"Apa yang berlaku saya hanya buat penerangan kepada pegawai kementerian, entah macam mana ia terbocor dan dilaporkan seolah-olah kerajaan telah membuat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Khidmat Masyarakat Institut Jantung Negara dan Media Prima di Masjid Sungai Itau, Mukim Air Hangat di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai pemangku Menteri Pendidikan beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan pelaksanaan PPSMI.

No Image Caption

"Kertas kerja berkaitan cadangan perlaksanaan PPSMI sedang disediakan untuk ditimbangkan Kabinet sama ada ia akan ada kekal dalam bahasa kebangsaan mahupun ditukarkan kepada bahasa Inggeris

"Kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam masa terdekat melalui perbincangan dengan Kabinet.," katanya..

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sekiranya sistem PPSMI ini dilaksanakan, kerajaan akan memperkenalkan cara baharu buat pelajar dan guru.

"Diharapkan kertas kerja berkenaan dapat disiapkan sebelum tahun hadapan agar kesemua ini dapat diputuskan dengan cepat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teliti sebelum melaksanakan PPSMI: Rais Yatim

KPM akan kaji pelaksanaan PPSMI, bawa ke Jemaah Menteri

PPSMI: Kerajaan akan buat keputusan dalam masa terdekat, kata Mahathir